26 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya. Antara aktiviti :
1. Bacaan Yassin
2. Ceramah oleh Tuan Haji Mohamad Nor - Rasulullah idolaku
3. Kuiz
4. Persembahan Nasyid
5. Persembahan wakil murid ke pertandingan Tilawah Al-quran

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini

25 Mac 2010

Aktiviti Hari Ini

Hari ini tamatlah Perkhemahan/Ujian Bersepadu Keris Gangsa,Perak dan Emas untuk Pengakap Kanak-Kanak yang diadakan di Kem Tengku Puan Pahang Maran. Seramai 9 orang murid iaitu 4 orang murid Tahun empat berjaya mendapat Keris Gangsa dan seorang murid Tahun 6 berjaya menjalani ujian untuk Keris Emas. Perkhemahan ini juga disertai oleh 4 orang murid Pendidikan Khas, walaupun agak keletihan namun semangat murid-murid SKJ22 untuk berjaya wajar diteruskan. Tahniah diucapkan..........

23 Mac 2010

SKJ22 Johan Lagi


Pasukan Hoki Perempuan Sekolah



Pasukan Hoki Lelaki Sekolah


Pasukan Hoki Lelaki dan Perempuan telah menggondol kejuaraan Kejohanan Hoki Peringkat Zon Jengka yang berlangsung di padang SK J22, sekalung tahniah kepada jurulatih, pemain dan semua yang menjayakan pencapaian ini

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H