19 November 2014

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2014

 Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SK (LKTP) Jengka 22, 2014 akan diadakan pada 20 November 2014. HAKP pada tahun  ini akan  dirasmikan oleh En.Mohd Nor Bin Latif ,Pengurus Kilang Sawit ( F)Jengka 21. Berbagai anugerah telah disediakan oleh pihak sekolah sebagai pengiktirafan atas kesungguhan dan usaha murid sepanjang tahun.

5 November 2014

~SELAMAT BERSARA CIKGU~ jasamu tetap kami kenang

Tanggal 2 Nov 2014, berakhirlah secara rasminya perkhidmatan  En.Mat Hassan Bin Salleh dalam dunia pendidikan. Walaubagaimanapun, pihak sekolah hanya berkesempatan untuk mengadakan Majlis Persaraan untuk beliau pada 5 Nov 2014. Majlis yang serba sederhana namun pastinya meninggalkan seribu kenangan kepada beliau. Majlis ini mendapat kerjasama dari pihak Felda dan juga GPW yang bertungkus lumus membantu guru-guru.



Ketibaan En,.Mat Hassan disambut oleh GPK Pentadbitan,YDP PIBG,
 wakil Guru Besar SKJ13, serta penduduk Felda Jengka 22

Murid-murid berbaris menanti ketibaan guru besar

GPK Pentadbiran En.Azemi Sagir bersama para penyambut ketibaan Tn.Guru Besar

Bersedia untuk mengambil Tuan Guru Besar

Khemah untuk jamuan dihias dengan bantuan GPW Felda Jengka 22

Ketibaan Tuan Guru Besar

Guru-guru sibuk menyiapkan hidangan di meja VIP

Berangkat Pulang.  Selamat Bersara Cikgu

Sesi bersalam salaman buat kali terakhir

Terima Kasih Cikgu
Bacaan Biodata dan Persembahan Multimedia




30 Oktober 2014

Peperiksaan Akhir Tahun (P4) 2014

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun kepada semua anak-anak didik di sekolah ini. Hari ini 30 Oktober 2014 bermulalah perjuangan mereka bagi menentukan nilai mula 2014..Peperiksaan P4 akan berlangsung bermula 30 Oktober 2014 sehingga 4 November 2014.

11 Ogos 2014

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2014

Pada hari ini telah berlangsung aktiviti pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan

  1. Ucapan Guru Bertugas
  2. Penceritaan Sejarah Kemerdekaan
  3. Ucapan wakil Guru Besar
  4. Menyanyi Lagu Tanggal 31
Terima kasih kepada semua murid dan guru

8 Julai 2014

Pertukaran Guru

SKJ22 telah kehilangan dua orang guru, Cikgu Shoair dipindahkan ke SK Jengka Batu 13 dan Ustazah Saadah ke SKJ15, kami warga SKJ22 mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka berdua diatas khidmat bakti yang dicurahkan selama berada di SKJ22

1 Julai 2014

Selamat Berpuasa

Selamat menyambut kehadiran Ramadhan yang mulia kepada semua pengikut Blog SKJ22

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H