5 Oktober 2017

Sambungan......Kem Sembelihan Ayam



Setelah  selesai proses penyembelihan ayam, murid-murid diberi peluang  untuk mencuba sendiri membersihkan ayam yang disembelih dari proses merebus,membuang isi perut, membuang bulu ayam secara berkumpulan.







Kem Sembelihan Ayam ~Program Pasca UPSR~

 Program hari ini merupakan progam di bawah Panatia Pendidikan Islam. Kem sembelihan ayam. Kem ini melibatkan murid-murid tahun 6. Proses penyembelihan dilakukan oleh Ustaz Mohd Rozi Mohd Zain. Murid diberi peluang memegang ayam semasa ustaz melakukan penyembelihan. Ustaz Mohd Rozi telah menerangkan syarat sah penyembelihan ayam. Selepas proses penyembelihan murid-murid memproses ayam dan memasak ayam yang disembelih mengikut kumpulan.

5 ekor ayam kampung disediakan untuk kem sembelihan


Penerangan dan tunjuk cara dilakukan oleh Ust Mohd Rozi Bin Mohd Zain. Beliau menerangkan syarat sah penyembelihan, cara memegang haiwan sembelihan.








Murid diberi peluang untuk memegang ayam semasa proses sembelihan






 Diharap program seperti ini memberi impak positif kepada murid-murid. Murid-purid diberi peluang untuk merasai pengalaman sebenar semasa proses penyembelihan ayam.









SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H