Pada 28 Oktober 2017-29 Oktober 2017 Unit Kecemerlangan UPSR telah menganjurkan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Lawatan yang diketuai oleh Pn Ruzilawati Binti Idris ini seramai 34 orang murid dan 10 orang guru. Pada 28 Oktober 2017 murid-murid tahun 6 telah dibawa ke Toy Museum dan The Oceanarium di The Shore Malacca. Setelah selesai peserta lawatan dibawa mendaftar masuk ke Hotel Mesra. Pada sebelah malam peserta lawatan dibawa menikmati permandangan Bandaraya Melaka pada waktu malam menaiki Menara Taming Sari yang berketinggian 80m. Peserta kemudiannya dibawa menyusuri Sg Melaka menaiki Melaka River Cruise.
|
Toy Museum di The Shore |
|
The Shore Oceanarium |
|
Melaka River Cruise |
|
Menara Taming Sari |
Aktiviti pada 29 Oktober 2017 pula bermula dengan peserta di bawa ke Banda Hilir selama hampir 2 jam. Mereka dibawa untuk menyaksikan permandangan Selat Melaka di atas bukit St Paul atau lebih dikenali sebagai Kota A Famosa. Selepas itu peserta menyelusuri sejarah Kesultanan Melayu Melaka di Muzium Kesultanan Melayu Melaka.
Peserta rombongan seterusnya dibawa ke 3D Art Illusion yang terletak di Dataran Pahlawan Mall. Peserta berpeluang bergambar dengan ilusi 3D.Disamping itu juga peserta dapat mengalami pengalaman bermain dengan haiwan-haiwan secara ilusi.
Aktiviti terakhir sebelum bertolak pulang ke Melaka ialah melawat Muzium kapal Selam. Peserta dapat merasai pengalaman berada di ruang dalam kapal selam. Peserta makan tengahari di Pantai Klebang. Bas bertolak balik pukul 3.00 petang dan tiba di Dataran Kejat SK Jengka 22 pada jam 8.55 malam.