6 Mei 2010

Sukan 2010

Hari ini Sukan Tahunan Kali ke 15 telah berlangsung dengan meriahnya walaupun ianya diadakan secara kecil-kecilan. Acara kemuncak iaitu tarik tali akhir antara rumah hijau dan rumah kuning telah dimenangi oleh rumah hijau. Rumah kuning telah berjaya mengekalkan status Johan keseluruhan manakala adik Mohd Faris dan Nursyaqifa Syakira telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragwati Kejohanan.

5 Mei 2010

Sukan Tara 2010 & Gotong Royong


Lompat

Tarik...........

Hari kedua Sukan Tara untuk Tahun 5 dan Tahun 6, pertandingan tarik tali antara rumah sukan secara liga juga dijalankan. Esok Rumah Hijau dan Rumah Kuning akan berentap di peringkat akhir.

4 Mei 2010

Sukan Tara 2010

Sukan Tara untuk Tahun 3 & 4 berlangsung hari ini. Antara acara yang dipertandingkan ialah lontar peluru dan lompat jauh

3 Mei 2010

Anugerah Rambu Biru



Muhammad Ammar Qayyum bin Abdul Mukhti
Rambu Biru - Pengakap Kanak-kanak


Seorang murid SK J22 iaitu Muhammad Ammar Qayyum akan mengikuti kursus untuk Anugerah Rambu Biru iaitu anugerah tertinggi Pengakap Kanak-Kanak yang diadakan di Kem Tengku Puan Pahang pada 03.05 hingga 05.05.2010. Semoga pencapaian beliau akan menjadi ikutan kepada murid lain

Merentas Desa 2010


Merentas Desa adalah pembuka tirai untuk Kejohanan Sukan Kali ke 15, murid Tahun 3,4,5 dan 6 semuanya menyertai acara ini. Guru-guru dan KRT J22 mengawal lalu-lintas, terima kasih kepada semua yang terlibat

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H