19 Oktober 2013

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2013

Pada hari ini telah dijalankan Perkhemahan Bersepadu Unit Bersepadu 2013, walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan namun perkhemahan tetap dijalankan jua. Murid-murid telah ditempatkan di dalam kelas. Seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada ahli TKRS, Pengakap dan Puteri Islam telah terlibat. Program pertama di jalankan pada sebelah malam adalah Malam Kebudayaan. Aktiviti lain akan bersambung pada hari esok


30 September 2013

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 18 SK FELDA Jengka 22 telah diadakan pada 29.09.2013, pada hari sebelumnya acara sukantara dan merentas desa telahpun dijalankan, walaupun pada hari Sabtu khemah-khemah rumah sukan telah diterbangkan oleh ribut namun dengan semangat kesukanan yang tinggi dan kerjasama dari pihak PIBG sukan pada kali ini telah berjalan mengikut perancangan. Perasmian telah dijalankan disempurnakan oleh Tuan Pengurus
 Khemah yang dlanda ribut
Perasmi-Tuan Pengurus
Nampaknya pada kejohanan kali ini, Rumah Hijau masih mengungguli dengan Johan keseluruhan-299 mata, Naib Johan Rumah Merah-294 mata dan diikuti Rumah Kuning-254 mata
Johan Keseluruhan-Rumah Hijau
Olahragawan Harapan-Ahmad Fathuradi
Olahragawan-Mohd Shafiq
Olahragawati Harapan-Arinah Kharinah
Olagrawati-Nazatul Shima


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan pada kali ini

matkarai's Sukan 2013 album on Photobucket

24 Mei 2013

Sambutan Hari Guru 2013



Walaupun agak lewat mengadakan sambutan Hari Guru, namun SK Jengka 22 berjaya juga mengadakan sambutan walaupun dalam keadaan sederhana. Sambutan dimuakan dengan mengadakan simbolik menyalakan lilin, persembahan murid, ucapan murid, ucapan guru besar, sukaneka dan jamuan. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini

23 April 2013

GB Baru

Minggu ini SKJ22 menerima kehadiran GB baru, En Mat Hassan bin Salleh yang menggantikan Puan Hajah Norkamsiah binti Abdul Wahab, selamat datang kami ucapkan kepada GB baru dan selamat menjalankan tugas di tempat baru buat mantan GB

8 April 2013

Kunjungan Menteri Besar Pahang




matkarai's Helikopter album on Photobucket

Hari ini SK J22 amat bertuah kerana menjadi persinggahan Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob beserta rombongannya. Kami pihak sekolah amat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan Dato' memberi sumbangan kepada sekolah

7 Mac 2013

Pelatih PLKN Khidmat Bakti


Pagi ini SKJ22 telah menerima kehadiran pelatih PLKN, mereka telah menabur bakti untuk sama bergotong-royong menceriakan persekitaran sekolah

25 Januari 2013

Bantuan Awal Persekolahan


Hari ini Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013 telah disempurnaan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad ADUN Kawasan Kerdau. Majlis ini juga telah dihadiri oleh wakil PPD Maran, En Saiful Baharin, ribuan terima kasih kepada semua penjaga yang memeriahkan lagi majlis ini

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H