31 Mac 2010

Hoki Bawah 12 Tahun

Pertandingan Hoki Lelaki dan Perempuan bawah 12 tahun telah diadakan di SM Teknik Pertanian Chenor, seramai 15 orang murid SKJ22 telah mewakili Zon Jengka, apa yang dibanggakan Zon Jengka telah menjadi Johan bagi kedua-dua kategori, Tahniah diucapkan............kepada yang terpilih mewakili Daerah Maran untuk ke peringkat negeri nanti berlatihlah bersungguh-sungguh, semoga anda semua mencapai kejayaan yang lebih gemilang

29 Mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 27


Pelancaran Program "Satu Keluarga Satu Buku"

Ibubapa mendaftarkan diri


MesyuaratAgung PIBG kali ke-27 telah selamat diadakan dengan jayanya pada jam 3.00 petang hari ini. Kehadiran ibubapa/penjaga juga amat menggalakkan. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan Pengurus Felda Jengka 22-Encik A.Rahman bin A. Hamid. Pada majlis ini juga Program "Satu Keluarga Satu Buku" telah dilancarkan, antara tujuan utama program ini untuk menggalakkan murid-murid SK J22 membaca buku yang berunsur pendidikan. Antara usul yang telah dipersetujui bersama:
1. Mengadakan kelas tambahan pada setiap hari Sabtu
2. Menggalakkan murid lelaki memakai baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok
Cabutan bertuah juga diadakan, terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati menyumbangkan hamper.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H