Blog SK (LKTP) Jengka 22. Memaparkan ativiti-aktiviti harian serta berita bergambar mengenai SKJ22.
9 Oktober 2022
12 April 2021
1 November 2017
PROGRAM DASAR WARGA EMAS 2017
SK (LKTP) Jengka 22 telah menjalankan beberapa program melibatkan sebilangan guru dan murid sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara di peringkat sekolah. Dasar tersebut yang merupakan salah satu daripada dasar-dasar utama Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertujuan untuk membangunkan masyarakat prihatin terhadap fenomena penuaan dan mendayaupayakan masyarakat bagi menghadapi hari tua.
Aktiviti ini telah dijalankan di rumah pasangan En. Mohamad bin Saad dan pasangannya Pn. Siti Rokiah binti Mohamad pada 1 November 2017.
![]() |
| GPK HEM bertanya khabar kedua-dua warga emas ini |
![]() |
| Aktiviti membersihkan kawasan keliling rumah |
30 Oktober 2017
REHAT MINDA UPSR 2017
Pada 28 Oktober 2017-29 Oktober 2017 Unit Kecemerlangan UPSR telah menganjurkan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Lawatan yang diketuai oleh Pn Ruzilawati Binti Idris ini seramai 34 orang murid dan 10 orang guru. Pada 28 Oktober 2017 murid-murid tahun 6 telah dibawa ke Toy Museum dan The Oceanarium di The Shore Malacca. Setelah selesai peserta lawatan dibawa mendaftar masuk ke Hotel Mesra. Pada sebelah malam peserta lawatan dibawa menikmati permandangan Bandaraya Melaka pada waktu malam menaiki Menara Taming Sari yang berketinggian 80m. Peserta kemudiannya dibawa menyusuri Sg Melaka menaiki Melaka River Cruise.
![]() |
| Toy Museum di The Shore |
![]() |
| The Shore Oceanarium |
![]() |
| Melaka River Cruise |
![]() |
| Menara Taming Sari |
Aktiviti pada 29 Oktober 2017 pula bermula dengan peserta di bawa ke Banda Hilir selama hampir 2 jam. Mereka dibawa untuk menyaksikan permandangan Selat Melaka di atas bukit St Paul atau lebih dikenali sebagai Kota A Famosa. Selepas itu peserta menyelusuri sejarah Kesultanan Melayu Melaka di Muzium Kesultanan Melayu Melaka.
Peserta rombongan seterusnya dibawa ke 3D Art Illusion yang terletak di Dataran Pahlawan Mall. Peserta berpeluang bergambar dengan ilusi 3D.Disamping itu juga peserta dapat mengalami pengalaman bermain dengan haiwan-haiwan secara ilusi.
Aktiviti terakhir sebelum bertolak pulang ke Melaka ialah melawat Muzium kapal Selam. Peserta dapat merasai pengalaman berada di ruang dalam kapal selam. Peserta makan tengahari di Pantai Klebang. Bas bertolak balik pukul 3.00 petang dan tiba di Dataran Kejat SK Jengka 22 pada jam 8.55 malam.

12 Oktober 2017
MENCANTING BATIK
Pada 11 Oktober 2017 , Panitia Pendidikan Seni telah menjembut seorang pencanting batik terkenal Zainal Periuk Kera ke sekolah untuk aktiviti mencanting batik. Aktiviti ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Pasca UPSR.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
S K (LKTP) Jengka 22 telah menjalankan beberapa program melibatkan sebilangan guru dan murid sebagai sebahagian daripa...
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
































