30 Oktober 2017

REHAT MINDA UPSR 2017



Pada 28 Oktober 2017-29 Oktober 2017 Unit Kecemerlangan UPSR telah menganjurkan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Lawatan yang diketuai oleh Pn Ruzilawati Binti Idris ini seramai 34 orang murid dan 10 orang guru. Pada 28 Oktober 2017 murid-murid tahun 6 telah dibawa ke  Toy Museum dan The Oceanarium di The Shore Malacca. Setelah selesai peserta lawatan dibawa mendaftar masuk ke Hotel Mesra. Pada sebelah malam peserta lawatan dibawa menikmati permandangan Bandaraya Melaka pada waktu malam menaiki Menara Taming Sari yang berketinggian 80m. Peserta kemudiannya dibawa menyusuri Sg Melaka menaiki Melaka River Cruise.
Toy Museum di The Shore


The Shore Oceanarium
Melaka River Cruise

Menara Taming Sari







  Aktiviti pada 29 Oktober 2017 pula bermula dengan peserta di bawa ke Banda Hilir selama hampir 2 jam. Mereka dibawa untuk menyaksikan permandangan Selat Melaka di atas bukit St Paul atau lebih dikenali sebagai  Kota A Famosa. Selepas itu peserta menyelusuri sejarah Kesultanan Melayu Melaka di Muzium Kesultanan Melayu Melaka.









   Peserta rombongan seterusnya dibawa ke 3D Art Illusion yang terletak di Dataran Pahlawan Mall. Peserta berpeluang bergambar dengan ilusi 3D.Disamping itu juga peserta dapat mengalami pengalaman bermain dengan haiwan-haiwan secara ilusi.



    Aktiviti terakhir sebelum bertolak pulang ke Melaka ialah melawat Muzium kapal Selam. Peserta dapat merasai pengalaman berada di ruang dalam kapal selam. Peserta makan tengahari di Pantai Klebang. Bas bertolak balik pukul 3.00 petang dan tiba di Dataran Kejat SK Jengka 22 pada jam 8.55 malam.

12 Oktober 2017

MENCANTING BATIK







Pada 11 Oktober 2017 , Panitia Pendidikan Seni telah menjembut seorang pencanting batik terkenal  Zainal Periuk Kera ke sekolah untuk aktiviti mencanting batik. Aktiviti ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Pasca UPSR.












5 Oktober 2017

Sambungan......Kem Sembelihan Ayam



Setelah  selesai proses penyembelihan ayam, murid-murid diberi peluang  untuk mencuba sendiri membersihkan ayam yang disembelih dari proses merebus,membuang isi perut, membuang bulu ayam secara berkumpulan.







Kem Sembelihan Ayam ~Program Pasca UPSR~

 Program hari ini merupakan progam di bawah Panatia Pendidikan Islam. Kem sembelihan ayam. Kem ini melibatkan murid-murid tahun 6. Proses penyembelihan dilakukan oleh Ustaz Mohd Rozi Mohd Zain. Murid diberi peluang memegang ayam semasa ustaz melakukan penyembelihan. Ustaz Mohd Rozi telah menerangkan syarat sah penyembelihan ayam. Selepas proses penyembelihan murid-murid memproses ayam dan memasak ayam yang disembelih mengikut kumpulan.

5 ekor ayam kampung disediakan untuk kem sembelihan


Penerangan dan tunjuk cara dilakukan oleh Ust Mohd Rozi Bin Mohd Zain. Beliau menerangkan syarat sah penyembelihan, cara memegang haiwan sembelihan.








Murid diberi peluang untuk memegang ayam semasa proses sembelihan






 Diharap program seperti ini memberi impak positif kepada murid-murid. Murid-purid diberi peluang untuk merasai pengalaman sebenar semasa proses penyembelihan ayam.









22 Mei 2017


       



 Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 kepada semua murid  
  tahun 1 sehingga tahun 6 bermula 22 Mei  2017 sehingga 25 Mei 2017

15 September 2015

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Tahniah dan terima kasih kepada semua murid yang mengambil bahagian... Tahun depan kita buat yg lagi meriah. 












































PROGRAM DASAR WARGA EMAS 2017

        S K (LKTP) Jengka 22 telah menjalankan beberapa program melibatkan sebilangan  guru dan murid   sebagai sebahagian daripa...