Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Hari Anugerah 2013

Imej

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2013

Imej
Pada hari ini telah dijalankan Perkhemahan Bersepadu Unit Bersepadu 2013, walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan namun perkhemahan tetap dijalankan jua. Murid-murid telah ditempatkan di dalam kelas. Seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada ahli TKRS, Pengakap dan Puteri Islam telah terlibat. Program pertama di jalankan pada sebelah malam adalah Malam Kebudayaan. Aktiviti lain akan bersambung pada hari esok


Imej
Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 18 SK FELDA Jengka 22 telah diadakan pada 29.09.2013, pada hari sebelumnya acara sukantara dan merentas desa telahpun dijalankan, walaupun pada hari Sabtu khemah-khemah rumah sukan telah diterbangkan oleh ribut namun dengan semangat kesukanan yang tinggi dan kerjasama dari pihak PIBG sukan pada kali ini telah berjalan mengikut perancangan. Perasmian telah dijalankan disempurnakan oleh Tuan Pengurus
 Khemah yang dlanda ribut Perasmi-Tuan Pengurus Nampaknya pada kejohanan kali ini, Rumah Hijau masih mengungguli dengan Johan keseluruhan-299 mata, Naib Johan Rumah Merah-294 mata dan diikuti Rumah Kuning-254 mata Johan Keseluruhan-Rumah Hijau Olahragawan Harapan-Ahmad Fathuradi Olahragawan-Mohd Shafiq Olahragawati Harapan-Arinah Kharinah Olagrawati-Nazatul Shima

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan pada kali ini

Selamat Hari Raya

Imej

Ramadhan datang lagi

Imej
Selamat menyambut Ramadhan kepada semua pembaca blog SKJ22

Sambutan Hari Guru 2013

Imej
Walaupun agak lewat mengadakan sambutan Hari Guru, namun SK Jengka 22 berjaya juga mengadakan sambutan walaupun dalam keadaan sederhana. Sambutan dimuakan dengan mengadakan simbolik menyalakan lilin, persembahan murid, ucapan murid, ucapan guru besar, sukaneka dan jamuan. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini

Persembahan Multimedia Video Klip Mantan GB

Imej

GB Baru

Minggu ini SKJ22 menerima kehadiran GB baru, En Mat Hassan bin Salleh yang menggantikan Puan Hajah Norkamsiah binti Abdul Wahab, selamat datang kami ucapkan kepada GB baru dan selamat menjalankan tugas di tempat baru buat mantan GB

Kunjungan Menteri Besar Pahang

Imej
Hari ini SK J22 amat bertuah kerana menjadi persinggahan Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakobbeserta rombongannya. Kami pihak sekolah amat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan Dato' memberi sumbangan kepada sekolah

Pelatih PLKN Khidmat Bakti

Imej
Pagi ini SKJ22 telah menerima kehadiran pelatih PLKN, mereka telah menabur bakti untuk sama bergotong-royong menceriakan persekitaran sekolah

Bantuan Awal Persekolahan

Imej
Hari ini Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013 telah disempurnaan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad ADUN Kawasan Kerdau. Majlis ini juga telah dihadiri oleh wakil PPD Maran, En Saiful Baharin, ribuan terima kasih kepada semua penjaga yang memeriahkan lagi majlis ini