19 September 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa akan diadakan pada hari ini. Kejap jer lagi.
Pukul 6:30 petang ini. Di kantin sekolah. Datanglah seluruh warga skj22 beserta keluarga masing-masing. Bawalah kuih sorang sepiring.
Pukul 6:30 Kita buat tahlil dulu. Yang mana penaja kita Ustaz Mohd Taheh dan Encik Junal.
Imam sembahyang Terawikh : Ustaz Joha Idris.
Bilal : Lebai Norazman Mohd Nor
Ketua berzanji : AlFadhil Mohd Junal Seman
Marhaban : Abuya Haji Mohd Nor
Kompang : Haji Mohadi

18 September 2008

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz 'assalamualaikum' dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh 'waalaikumussalam warahmatulallah
hi wabarakatuh'
Beri salam - assalamualaikum'
Jawab salam - 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'
Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata 'Kirim
salam assalamualaikum pada Anis ye' contoh lerr..
Bukannya : 'Kirim salam kat Anis ye'
Dan bukannya ' Kirim salam maut' statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
Subject: 'Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot'
Maksud singkatan ' A'kum'
Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan
'A'kum' dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan 'Salam' iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform 'A'kum', kita ingatkan
dia guna 'Salam' kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

16 September 2008

JAMUAN BERBUKA PUASA

Jamuan berbuka puasa, solat maghrib, isya` dan terawih akan diadakan pada:

Hari Jumaat. 19 hb 8 2008. Tempat kat SKJ22.

Bawa kuih sorang sepiring. Nanti boleh moreh.

Pada malam yang sama juga moreh di Masjid Jengka 22. Giliran sekolah.

Apa boleh buat , kena tarikh yang sama.

Hari sibuk

Hari ini hari yang sibuk bagi guru tahun 6

Kena isi borang asrama penuh murid.

Dah lah tu, ada pulak yang tak bawa sijil, slip gaji.

Berapa kali nak beri peringatan.

Lupalah, tertinggallah, apa-apalah?

Lotih den melayan korang.

14 September 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Jangan lupa LADAP akan diadakan pada hari Khamis ini.

Masa : 2.00pm -5.00 pm

Tempat :
Makmal Komputer

Tarikh :
18.09.2008

Jamuan tidak disediakan


Datang, jangan tak datang - 5x

Pelancaran Blog SKJ22

Hari ini ialah tarikh pelancaran skj22.blogspot.com.

Pelbagai percubaan telah dilaksanakan untuk menerbitkan blog ini.

Akhirnya semua ralat dapat diatasi.


Dan pada pagi ini,saya telah cuba menerbitkan blog ini ke enjin pencari.


Berjaya ke tidak, tak tahu lagi.

LAWATAN KE LANGKAWI

Lawatan ke Langkawi oleh Kelab Guru dan Kakitangan pada 23.10.2008.

Jangkaan bas bertolak pada pukul 6.00 petang. Yang belum bayar lagi diharap faham-fahamlah.

Waktu pulang ialah pada 25.10.2008.


Kita singgah Pekan Rabu beli ikan pekasam. Jangan lupa dodol pun ada.

PROGRAM DASAR WARGA EMAS 2017

        S K (LKTP) Jengka 22 telah menjalankan beberapa program melibatkan sebilangan  guru dan murid   sebagai sebahagian daripa...