21 Mei 2009

SKJ 22 dan Bakat-bakat baru 1


Dua orang murid SK (FELDA) Jengka 22 iaitu Mohamad NorhafezZullah bin Zakaria dan Wan Muhd Syahnaz bin Che Wan Khirudin telah terpilih untuk menyertai pemilihan pemain Hoki Lelaki Bawah 12 tahun peringkat negeri yang diadakan di Kuantan. Kejohanan akan diadakan di Negeri Perak nanti. Semua warga sekolah mendoakan kejayaan anda berdua

19 Mei 2009

SKJ 22 dan Bakat-Bakat Baru



SK (FELDA) Jengka 22 telah banyak melahirkan bakat-bakat baru di dalam bidang sukan terutamanya hoki, tahniah kepada guru selaku jurulatih sekolah yang tanpa mengenal erti penat mencari dan mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan murid

18 Mei 2009

Blog SKJ 22


Blog SKJ 22 semakin mendapat perhatian, ucapan syabas dari PKG Bandar Pusat

17 Mei 2009

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik diseluruh negara khasnya kepada guru-guru di SK (FELDA) Jengka 22
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

PROGRAM DASAR WARGA EMAS 2017

        S K (LKTP) Jengka 22 telah menjalankan beberapa program melibatkan sebilangan  guru dan murid   sebagai sebahagian daripa...