31 Disember 2008

Terima Kasih Semua

Salam......
SK J22 telah kehilangan 3 orang guru yang banyak berjasa kepada sekolah. En Sokri bertukar ke SK J21, Pn Noraiza ke SK Chedong, Pn Rosilawati balik Kelantan, terima kasih dari warga SK J22 untuk anda semua, semoga budi baik anda tuhan sahaja yang akan membalasnya, apabila sampai ke tempat baru ingatlah tempat lama sama. Salam perpisahan dari kami untuk anda semua

22 Disember 2008

Kelas Bimbingan

Hari ini bermula kelas bimbingan tahun 5 yang bakal menghadapi UPSR tahun 2009.
Belajar rajin-rajin.

14 November 2008

Selamat Bercuti

Selamat bercuti diucapkan kepada semua guru dan murid SKJ22.
Jadikan cuti ini lebih bermanfaat.

Kepada semua murid:

Jangan lupa kepada pelajaran. Jangan main banjir. jaga keselamatan diri.

Kepada semua guru :
Selamat bercuti dan jangan lupa mesyuarat guru pada 31 disember 2008.

Kepada murid tahun 5 ( UPSR 2009):
Kelas intensif akan bermula pada 22 Disember 2008.
Datang, jangan tak datang.

13 November 2008

Hari Pendidikan 2008


Pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2008-Siti Norhamimah bt M.Yunus

Pelajar yang mendapat Anugerah khas
Dari kiri
Nurfatinah bt Mohd Pauzi-Anugerah Ko-kurikulum
Siti Norhamimah bt Mohamed Yunus-Kurikulum
Nurmusfirah bt M.Rizal-Kepimpinan
M.Asyraf Aziz-Tokoh Pelajar

12 November 2008

Jasamu dalam ingatan


Mantan Guru Besar menerima cenderahati kenang-kenangan KKGK dari Guru Besar Baru

Raptai Hari Anugerah cemerlang





Raptai hari anugerah cemerlang diadakan pada pukul 11.30 pg dan tamat pada 12.45 th.
Ianya berjalan dengan lancar tanpa ada masalah yang besar.


Pada malam ini jamuan akhir tahun akan diadakan di sekolah. Ia juga merupakan jamuan perpisahan bekas guru besar encik Idris Bin Said dan Puan Rosilawati yang akan bertukar ke Kelantan serta meraikan tuan guru besar Puan Khamsiah dan guru Bahasa Inggeris yang baru bertukar ke sekolah ini.

11 November 2008

Jamuan

Jamuan perpisahan, Keraian dan Akhir Tahun diadakan pada:

Tarikh:12hb Nov 2008
Tempat : Kantin Sekolah
Masa : 8.30 malam

Semua guru,kakitangan dan jemputan dijemput hadir.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis kita bersama

10 November 2008

MESYUARAT AKHIR TAHUN

Mesyuarat akhir tahun pada pukul 1.30 th. Pelbagai perkara dibincangkan termasuk Hari Anugerah Kecemerlangan yang akan diadakan pada hari Khamis ini.

Guru-guru juga bertungkus lumus untuk menyiapkan data bagi hari tersebut.

Sekolah akan menerima Guru Bahasa Inggeris baru yang berrtukar dari SK LKTP Chini 2 & 3.
Selamat Datang.

Hari ini juga adalah hari terpenting kepada saya kerana assignment Sistem Maklumat Perakaunan telah saya submit kepada pensyarah Mohd Azmi di UiTM pahang. Sungguh memeningkan kepala nak lukis Contexs Diagram Data Flow Diagram, Level-O DFD dan Document Flow Chart. Macam nak gila rasanya. Alhamdulillah siap juga akhirnya.
Yang tinggal kini adalah Projek Kepujian II.

4 November 2008

Resepi

PUDING ROTI:

Bahan-bahan:
Roti gardenia (jumbo)
Susu cair Ideal
Esen vanilla (untuk cover bau hanyir telur)
2 biji telur ayam (nak letak telur itik ke..beruang ke..korang punye suka la..risiko tanggung sendiri)
Gula sesedap rasa
Air masak (agak-agak)
Kismis hitam Leego

Cara-cara:
1. Potong roti kecil-kecil (kalau malas,koyak-koyakkan pun boleh)
2. bread crumbs asing ketepi
3.Tekan-tekan roti dalam loyang sampai padat..mcm nak buat lapisan la,gituuu..
4. masukkan dalam blender;
-telur
-ese vanilla
-susu cair
-air masak
-gula
5.blender 30 saat
6. tuang dalam loyang berisi roti
7.amik breadcrumb lapis kan satu lagi
8. tabur kismis
9.Panas kan oven suhu 180 darjah
10. bakar puding selama 30-40 minit
11.dah masak,sejukkan.
12.dah sejuk masuk dlm fridge..bagi lebih kick
13.lapar/terliur....tunggu ape lg..makan la

1 November 2008

Perkhemahan Bersepadu.

Perkemahan bersepadu Unit Berunifom SKJ22 telah ditutup pada pukul 1.00 tengah hari tadi.

Perkhemahan ini bermula pada hari semalam dan disertai oleh 81 orang murid tahun 4, 5 dan 6.
Unit berunifom yang terlibat ialah Puteri Islam, Tunas Putri, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Pengakap. Sebanyak 19 khemah kecil dan satu khemah besar disediakan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Aktiviti kerohanian, Malam Persembahan, Pertandingan memasak nasi goreng, pertandingan kraftangan barangan terbuang, konda-kondi dan lain-lain.

Gambar-gambar aktiviti akan diupload nanti.

HARI TERAKHIR GURU BESAR DI SKJ22

Semalam merupakan hari terakhir Guru Besar bertugas di SKJ22. Beliau akan bertukar ke SK Pawang Nong, Jerantut.
Selamat bertugas di tempat baru.

26 Oktober 2008

Langkawi

Gambar-gambar semasa ahli KKGK SK LKTP Jengka 22 ke Langkawi, macam-macam dibeli, temanya hanya membeli-belah, hinggakan En Joha tertinggal satu set cawan punyalah sakan membeli sampai terlupa, kepada semua ahli KKGK jika ada sebarang kekurangan di dalam trip ni saya minta maaf banyak-banyak

23 Oktober 2008

Aktiviti

Hari terakihir bersekolah minggu ni, cuti panjang 4 hari, ada yang nak balik kampung, ada nak gi rombongan, ada nak berbulan madu, di sekolah murid-murid dapat pakaian seragam unit beruniform, TKRS dapat minggu depan, gurunya En Junal dan En Sokri berkursus, suka sangat murid-murid dapat pakaian seragam, murid-murid Tahap 2 mengikuti ceramah motivasi sampai rehat

18 Oktober 2008

Gambar

Gambar-gambar LADAP dan Sambutan Hari Raya akan diuploadkan kemudian

LADAP- Bengkel Teknologi Maklumat

Pakar ICT , Master Joha sekarang sedang menjadi fasilitator untuk program LADAP.
Tajuk : Microsoft Office - ms excel.
Semua guru sedang memberi tumpuan dengan begitu khusyuk sekali.
Penyampaian yang menarik. Langkah demi langkah.

15 Oktober 2008

SKJ22 dapat Guru Besar baru

SKJ22 telah menerima surat pertukaran setara guru besar bermula dari 1.10.2008.

Puan NorKhamsiah bertukar dari SK Pawang Nong , Jerantut

Guru Besar sekarang ( Encik Idris Said) akan berpindah ke sekolah tersebut.

Segala jasa dan sumbangan En Idris amat dihargai dan selamat bertugas di tempat baru.

Kepada Puan NorKhamsiah, selamat datang dan selamat bertugas di SKJ22.

Rumah terbuka Tuan Pengurus

Tuan Pengurus dan pentadbiran Felda akan mengadakan rumah terbuka Aidil Fitri
Tarikh: 20.10.2008/ Isnin
Tempat : Rumah pengurus Jengka 22

Semua guru dan kakitangan sekolah di jemput hadir.

Penyelenggaraan Laptop PPSMI

2 orang dari Tinta maya sedang menyelenggara Laptop PPSMI fasa 4 dan 5 di bilik gerakan

Joha dapat DGA32

Tahniah kepada cikgu Joha kerana dapat DGA32 bermula dari tarikh 1.4 2008.
Bolehlah belanja.

14 Oktober 2008

Penyelenggaran Peralatan PPSMI Fasa 4 dan 5

Perhatian kepada guru-guru yang memegang LapTop Fasa 4 (R52) dan Fasa 5 (Samsung).
Penyelenggaraan akan dilakukan oleh Tinta Maya pada hari esok (15 Okotber).
En Joha yang sedang kursus pun kena hantar lap top itu.
Harap maklum

Pertandingan Hoki Mini Bawah 10 Daerah Maran (Perempuan)

Hari ini berlangsung perlawanan hoki mini bawah 10 daerah Maran.Kategori Perempuan.
Pasukan yang menyertai.

Zon Jengka : SKJ 22 dan SKJ 14
Zon Jempol : SKJ Desa Jaya
Zon Chenor : SKJ 19
Zon Luit : Tidak Menyertai


SKJ19 mengalahkan SKJ14 7-1
SKJ22 mengalahkan SK Desa Jaya 3-0
SKJ Desa Jaya mengalahkan SKJ 14 3-0
SKJ22 seri SKJ14 0-0
SKJ19 mengalahkan Desa Jaya 3-0
SKJ22 mengalahkan SKJ19 3-1

Keputusan rasmi :

Johan Daerah Maran : SKJ22
Naib Johan SKJ19

8 Oktober 2008

LADAP dan Jamuan Raya Perdana

LADAP 18.10.2008

lepas LADAP tu ada jamuan Hari Raya Perdana, dijemput semua guru dan kakitangan menghadirkan diri

datang.....jangan tak datang

datang.....jangan tak datang.

26 September 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Majlis khatam Al-Quran telah diadakan dengan jayanya oleh sekolah.
Seramai 23 orang murid mengambil bahagian. Manakala fasilitator terdiri daripada
Ustaz Mohd Taheh ( GPK HEM), Ustaz Halim (Imam Jengka 22) dan Ustaz Ibrahim (Guru Besar Sekolah Agama Jengka 22 merangkap Imam Jengka 22)
Persembahan nasyid oleh murid-murid tahun 3 dan 4 . Tenaga pengajar Nasyid ialah Puan Masriah.
Semua murid menerima bunga telur.

Pada hari semalam 25.09.08 telah berlangsung mesyuarat pemilihan murid pra untuk tahun 2009.
Mesyuarat terdiri daripada :
1. En Johari (Wakil PPD Maran)
2. En Idris ( Guru Besar)
3. Tuan Pengurus Felda Jengka 22
4. Yang Dipertua PIBG Jengka 22
5. Guru PRA
6. Kerani PRA
7. Guru-guru penolong kanan.

Keputusan telahpun dibuat dan surat akan dikeluarkan selepas Cuti Aidil Fitri.

22 September 2008

Aktiviti hari ini

Ketua-ketua panitia dikehendaki menyiapkan buku stok mengikut format yang betul.
Semua buku stok hendaklah diserahkan kepada kerani ( Cik Nurdiyana) selewat-lewatnya hari Jumaat ini.

Hari ini adalah hari terakhir penyerahan borang PRA Sekolah. Masa yang diberi mencukupi. Jumlah murid mendaftar dah cukup. Penghantaran borang lewat tidak diterima.

19 September 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa akan diadakan pada hari ini. Kejap jer lagi.
Pukul 6:30 petang ini. Di kantin sekolah. Datanglah seluruh warga skj22 beserta keluarga masing-masing. Bawalah kuih sorang sepiring.
Pukul 6:30 Kita buat tahlil dulu. Yang mana penaja kita Ustaz Mohd Taheh dan Encik Junal.
Imam sembahyang Terawikh : Ustaz Joha Idris.
Bilal : Lebai Norazman Mohd Nor
Ketua berzanji : AlFadhil Mohd Junal Seman
Marhaban : Abuya Haji Mohd Nor
Kompang : Haji Mohadi

18 September 2008

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz 'assalamualaikum' dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh 'waalaikumussalam warahmatulallah
hi wabarakatuh'
Beri salam - assalamualaikum'
Jawab salam - 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'
Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata 'Kirim
salam assalamualaikum pada Anis ye' contoh lerr..
Bukannya : 'Kirim salam kat Anis ye'
Dan bukannya ' Kirim salam maut' statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
Subject: 'Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot'
Maksud singkatan ' A'kum'
Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan
'A'kum' dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan 'Salam' iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform 'A'kum', kita ingatkan
dia guna 'Salam' kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

16 September 2008

JAMUAN BERBUKA PUASA

Jamuan berbuka puasa, solat maghrib, isya` dan terawih akan diadakan pada:

Hari Jumaat. 19 hb 8 2008. Tempat kat SKJ22.

Bawa kuih sorang sepiring. Nanti boleh moreh.

Pada malam yang sama juga moreh di Masjid Jengka 22. Giliran sekolah.

Apa boleh buat , kena tarikh yang sama.

Hari sibuk

Hari ini hari yang sibuk bagi guru tahun 6

Kena isi borang asrama penuh murid.

Dah lah tu, ada pulak yang tak bawa sijil, slip gaji.

Berapa kali nak beri peringatan.

Lupalah, tertinggallah, apa-apalah?

Lotih den melayan korang.

14 September 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Jangan lupa LADAP akan diadakan pada hari Khamis ini.

Masa : 2.00pm -5.00 pm

Tempat :
Makmal Komputer

Tarikh :
18.09.2008

Jamuan tidak disediakan


Datang, jangan tak datang - 5x

Pelancaran Blog SKJ22

Hari ini ialah tarikh pelancaran skj22.blogspot.com.

Pelbagai percubaan telah dilaksanakan untuk menerbitkan blog ini.

Akhirnya semua ralat dapat diatasi.


Dan pada pagi ini,saya telah cuba menerbitkan blog ini ke enjin pencari.


Berjaya ke tidak, tak tahu lagi.

LAWATAN KE LANGKAWI

Lawatan ke Langkawi oleh Kelab Guru dan Kakitangan pada 23.10.2008.

Jangkaan bas bertolak pada pukul 6.00 petang. Yang belum bayar lagi diharap faham-fahamlah.

Waktu pulang ialah pada 25.10.2008.


Kita singgah Pekan Rabu beli ikan pekasam. Jangan lupa dodol pun ada.

27 Ogos 2008

Blog SKJ22

Assalamualaikum.

Selamat datang ke blog SK Jengka 22.

Sebuah sekolah yang berada di dalam Daerah Maran Pahang.

Ianya bakal dilancarkan tidak lama-lagi.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H