6 Mac 2009

Olahraga MSSM Maran


Kejayaan yang membanggakan warga SK J22, dimana atlet olahraga Mohd Faris Harun merangkul pingat emas dalam acara 200m bawah 11 tahun dan pingat perak dalam acara 100m serta Nurhidayah Mohd Ali menggondol emas dalam acara lompat jauh, sekalung tahniah diucapkan, semoga kejayaan ini menjadi perangsang kepada murid-murid lain. Mohd Faris juga dinobatkan sebagai Olahragawan Harapan MSSM Daerah Maran, tahniah dari warga SKJ 22 kerana mengharumkan nama sekolah.

3 Mac 2009

Aktiviti Hari Ini

Mesyuarat Ko-Kurikulum kai pertama diadakan setelah beberapa kali tertangguh disebabkan masalah teknikal

2 Mac 2009

Aktiviti Hari Ini

Hari ni hari Isnin, seperti biasa ada perhimpunan pagi, minggu ni giliran Ustazah Jamaiah dan En Joha bertugas, Ustazah Jamaiah bercakap tentang adab-adab makan, macam-macam program diselitkan dalam perhimpunan pagi antaranya
1. Bacaan doa
2. Ikrar Rukun Islam
3. Ikrar Rukun Negara
4. Ikrar Rukun Iman
5. Ikrar PPDa
6. Persembahan murid-cara menghafal sifir 9 oleh adik Fizuan Mat Saufi

Minggu ini juga murid-murid taun 6 menghadapi Pra P1

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H