26 September 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Majlis khatam Al-Quran telah diadakan dengan jayanya oleh sekolah.
Seramai 23 orang murid mengambil bahagian. Manakala fasilitator terdiri daripada
Ustaz Mohd Taheh ( GPK HEM), Ustaz Halim (Imam Jengka 22) dan Ustaz Ibrahim (Guru Besar Sekolah Agama Jengka 22 merangkap Imam Jengka 22)
Persembahan nasyid oleh murid-murid tahun 3 dan 4 . Tenaga pengajar Nasyid ialah Puan Masriah.
Semua murid menerima bunga telur.

Pada hari semalam 25.09.08 telah berlangsung mesyuarat pemilihan murid pra untuk tahun 2009.
Mesyuarat terdiri daripada :
1. En Johari (Wakil PPD Maran)
2. En Idris ( Guru Besar)
3. Tuan Pengurus Felda Jengka 22
4. Yang Dipertua PIBG Jengka 22
5. Guru PRA
6. Kerani PRA
7. Guru-guru penolong kanan.

Keputusan telahpun dibuat dan surat akan dikeluarkan selepas Cuti Aidil Fitri.

22 September 2008

Aktiviti hari ini

Ketua-ketua panitia dikehendaki menyiapkan buku stok mengikut format yang betul.
Semua buku stok hendaklah diserahkan kepada kerani ( Cik Nurdiyana) selewat-lewatnya hari Jumaat ini.

Hari ini adalah hari terakhir penyerahan borang PRA Sekolah. Masa yang diberi mencukupi. Jumlah murid mendaftar dah cukup. Penghantaran borang lewat tidak diterima.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H