1 November 2008

Perkhemahan Bersepadu.

Perkemahan bersepadu Unit Berunifom SKJ22 telah ditutup pada pukul 1.00 tengah hari tadi.

Perkhemahan ini bermula pada hari semalam dan disertai oleh 81 orang murid tahun 4, 5 dan 6.
Unit berunifom yang terlibat ialah Puteri Islam, Tunas Putri, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Pengakap. Sebanyak 19 khemah kecil dan satu khemah besar disediakan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Aktiviti kerohanian, Malam Persembahan, Pertandingan memasak nasi goreng, pertandingan kraftangan barangan terbuang, konda-kondi dan lain-lain.

Gambar-gambar aktiviti akan diupload nanti.

HARI TERAKHIR GURU BESAR DI SKJ22

Semalam merupakan hari terakhir Guru Besar bertugas di SKJ22. Beliau akan bertukar ke SK Pawang Nong, Jerantut.
Selamat bertugas di tempat baru.

26 Oktober 2008

Langkawi

Gambar-gambar semasa ahli KKGK SK LKTP Jengka 22 ke Langkawi, macam-macam dibeli, temanya hanya membeli-belah, hinggakan En Joha tertinggal satu set cawan punyalah sakan membeli sampai terlupa, kepada semua ahli KKGK jika ada sebarang kekurangan di dalam trip ni saya minta maaf banyak-banyak

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H