Catatan

Tunjukkan catatan dari September 11, 2011

UPSR - Emel dari PPD

Guru BesarSK/SJKC Daerah Maran
Tuan,
UPSR 2011
Merujuk kepada perkara di atas
2. Sehubungan dengan ini, dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya dan warga Unit Pengurusan Akademik PPD Maran mengucapkan "Selamat Menempuh Peperiksaan UPSR 2011" kepada anak-anak di Tahun 6.
3. Bersamalah kita berdoa agar anak-anak kita ini mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR kali ini. Seperti yang diketahui, pihak sekolah terutamanya guru-guru telah melaksanakan berbagai program / aktiviti kecemerlangan UPSR untuk anak-anak didik mereka.Sehubungan ini, pihak PPD Maran merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala usaha-usaha ini.
Sekian.

HAJI ZAMRI BIN HAJI ZAKARIAKetua Unit Pengurusan AkademikPPD Maran