18 Oktober 2008

Gambar

Gambar-gambar LADAP dan Sambutan Hari Raya akan diuploadkan kemudian

LADAP- Bengkel Teknologi Maklumat

Pakar ICT , Master Joha sekarang sedang menjadi fasilitator untuk program LADAP.
Tajuk : Microsoft Office - ms excel.
Semua guru sedang memberi tumpuan dengan begitu khusyuk sekali.
Penyampaian yang menarik. Langkah demi langkah.

15 Oktober 2008

SKJ22 dapat Guru Besar baru

SKJ22 telah menerima surat pertukaran setara guru besar bermula dari 1.10.2008.

Puan NorKhamsiah bertukar dari SK Pawang Nong , Jerantut

Guru Besar sekarang ( Encik Idris Said) akan berpindah ke sekolah tersebut.

Segala jasa dan sumbangan En Idris amat dihargai dan selamat bertugas di tempat baru.

Kepada Puan NorKhamsiah, selamat datang dan selamat bertugas di SKJ22.

Rumah terbuka Tuan Pengurus

Tuan Pengurus dan pentadbiran Felda akan mengadakan rumah terbuka Aidil Fitri
Tarikh: 20.10.2008/ Isnin
Tempat : Rumah pengurus Jengka 22

Semua guru dan kakitangan sekolah di jemput hadir.

Penyelenggaraan Laptop PPSMI

2 orang dari Tinta maya sedang menyelenggara Laptop PPSMI fasa 4 dan 5 di bilik gerakan

Joha dapat DGA32

Tahniah kepada cikgu Joha kerana dapat DGA32 bermula dari tarikh 1.4 2008.
Bolehlah belanja.

14 Oktober 2008

Penyelenggaran Peralatan PPSMI Fasa 4 dan 5

Perhatian kepada guru-guru yang memegang LapTop Fasa 4 (R52) dan Fasa 5 (Samsung).
Penyelenggaraan akan dilakukan oleh Tinta Maya pada hari esok (15 Okotber).
En Joha yang sedang kursus pun kena hantar lap top itu.
Harap maklum

Pertandingan Hoki Mini Bawah 10 Daerah Maran (Perempuan)

Hari ini berlangsung perlawanan hoki mini bawah 10 daerah Maran.Kategori Perempuan.
Pasukan yang menyertai.

Zon Jengka : SKJ 22 dan SKJ 14
Zon Jempol : SKJ Desa Jaya
Zon Chenor : SKJ 19
Zon Luit : Tidak Menyertai


SKJ19 mengalahkan SKJ14 7-1
SKJ22 mengalahkan SK Desa Jaya 3-0
SKJ Desa Jaya mengalahkan SKJ 14 3-0
SKJ22 seri SKJ14 0-0
SKJ19 mengalahkan Desa Jaya 3-0
SKJ22 mengalahkan SKJ19 3-1

Keputusan rasmi :

Johan Daerah Maran : SKJ22
Naib Johan SKJ19

PROGRAM DASAR WARGA EMAS 2017

        S K (LKTP) Jengka 22 telah menjalankan beberapa program melibatkan sebilangan  guru dan murid   sebagai sebahagian daripa...