Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Pendaftaran Murid

Hari pendaftaran murid dan orientasi Tahun 1 telah diadakan hari ini, ramai juga penjaga yang datang membayar yuran, murid-murid Tahun 1 datang dengan bersemangatnya.

Mesyuarat Kali Pertama

Hari ni mesyuarat kali pertama untuk tahun persekolahan 2010 diadakan pada pukul 8.30 pagi, SKJ 22 mendapat seorang guru baru dan kerani baru, lepas mesyuarat ada pula jamuan makan tengah hari.

Selamat Pengantin Baru Cikgu Keyo

Selamat pengantin baru kepada Cikgu Keyo. Majlis pernikahan semalam dan hari ini majlis bertandang pula di Ulu Jempol.

Satu persoalan...masa bertugas kat SK Jengka 22 dahulu, tak tahu pula ada makwe. Tahu-tahu je nikah dengan orang Jengka 22.

Bila bertemu? Masa bila ejas... Apapun..lagu yang dinyanyikan oleh Ijam and The band tadi memang ikhlas ditujukan kepada Cikgu Keyo.

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAhda kepada semua pembaca blog SKJ22

Hari Terakhir Persekolahan

Imej
Hari ini hari terakhir persekolahan bagi tahun 2009, berbagai program diadakan antaranya jamuan Pra Sekolah, Jamuan meraikan murid-murid Tahun 6, Majlis meraikan kejayaan murid Tahun 6 bersama Pengurus Felda dan YDP PIBG serta Majlis bermaafan-maafan antara guru dan murid, Puan GB bermurah hati menyediakan cenderahati kepada semua guru, terima kasih banyak-banyak. Esok bermulah cuti akhir tahun, kepada murid-murid jaga keselamatan diri masing-masing, kepada guru-guru yang balik ke kampung semoga selamat dalam perjalanan dan di kesempatan ini diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.



Keputusan UPSR 2009

Imej
Suasana sedih dan gembira apabila keputusan rasmi diumumkan
Tangisan guru dalam kegembiraan
Antara murid yang cemerlang

5A -2 orang 4A 1B - 2 orang 3A 2B - 2 orang Peratus Lulus -73.91% GPS - 2.10 % Pemahaman - 100% % Sains - 100% % Matematik -91.3% % Penulisan - 87% % Bahasa Inggeris - 87% Tahniah kepada semua murid dan guru-guru yang berpenat-lelah untuk semua ini

BILNAMAMATAPELAJARANKEPUTUSANPemPenBIMatSc1AZIM BIN AMZAHCDCDC3C 2D2AZINUDDIN BIN ABD. RAHMAN

Hari Anugerah Cemerlang 2009

Imej
Puan Guru Besar bergambar bersama murid-murid yang menerima Anugerah Khas 2009

Gambar-gambar Hari Anugerah Cemerlang 2009

Aktiviti Hari Ini

Raptai Majlis Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan. Selepas waktu persekolahan pula jamuan akhir tahun KKGK diadakan di kantin sekolah, setelah berpenat lelah guru-guru menjamu selera pula

Video buat renungan

Kepada semua ingatlah jasa ibubapa kita sementara kita masih bernyawa

P4 Bermula

P4 dah bermula
ISNIN ( 02.11.2009 )
Pemahaman
Penulisan
Matematik Kertas 2
Bahasa Inggeris 3

SELASA ( 03.11.2009 )
Matematik Kertas 1
B.Arab/Kajian Tempatan
Sivik
PJK

RABU ( 04.11.2009 )
Sains
Bahasa Inggeris 1
Bahasa Inggeris 2
Kemahiran Hidup

KHAMIS ( 05.11.2009 )
Agama/Moral
Pendidikan Seni

Cuti Ganti

Hari ni SK J22 bersekolah menggantikan cuti peristiwa Deepavali, murid tahap 2 terlibat dengan klinik hoki di padang

Keputusan PTK

Keputusan PTK Ogos 2009 dah keluar, kepada guru-guru nak semak bolehlah klik kat link ni

http://www.mpm.edu.my/ptk/loginfrm.aspx

Update Kaspersky

Imej
ALHAMDULILLAH..SAYA DAH BERJAYA UPDATE ANTIVIRUS KASPERSKY. KPD PIHAK SEK YG BELUM BERJAYA.. SILA DOWNLOAD DI PAUTANINI.

LANGKAH:

1. JANGAN UNINSTALL KASPERSKY YG SEDIA ADA. JIKA DAH BUANG..SILA INSTALL SEMULA. (KEY KOSONGKAN).SETKAN PASSWORD KASPERSKY ANDA KPD "kavadmin" (JIKA TAK LETAK..GAGALLAH ANDA). JIKA BELUM UNISTALL SILA BUANG KEY YANG SEBELUM INI (PASTIKAN BAHAGIAN KEY TU KOSONG)

2. PADA LINK YG TELAH DIBERI ITU ADA 2 FAIL PENTING IAITU "THEMSSSVR" & KAV_UPGRADE. MUATURUN KEDUA - DUANYA.

3. KLIK PADA "THEMSSSVR" DAN BIARKAN POPUP ITU HILANG..AKAN MUNCUL KIRAAN 5..4..3..2.1..0

4. SELEPAS ITU, KLIK PADA FAIL KAV_UPGRADE. IKUTI LANGKAH - LANGKAH YG TERTERA.

5. SISTEM ANDA PERLU DI "RESTART" UTK MEMBERIKAN ANTIVIRUS INI BERFUNGSI DENGAN BAIK.

6. SELEPAS ITU, UPDATE ..KASPERSKY ANDA SEHINGGA SELESAI.

7. SELESAI.

P/S : PAPARAN SELEPAS PROSES INI BERJAYA SPT DI BAWAH..


Taklimat KGMMB

Satu taklimat oleh KGMMB telah diadakan selepas waktu persekolahan di bilik gerakan, banyak info yang berguna untuk guru-guru.

Iklan Lucu

Cuti...........

SKJ 22 cuti peristiwa hari ini dan Isnin sempena Deepavali

Majlis Sambutan Aidilfitri 2009

Imej

Majlis Khatam Al-Quran

Imej
Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada hari ini, seramai 27 orang murid terlibat, selepas majlis murid bersalaman bersama guru, Puan Guru Besar dan Ustaz Rozi bermurah hati memberi duit raya

Selamat Hari Raya

Imej

Majlis Berbuka Puasa KKGK

Imej
Majlis Berbuka Puasa anjuran KKGK telah diadakan pada hari ini, kelihata Pengurus Felda, Pengurus Plantation, Guru Besar J22 & J15, YDP PIBG, NYDP PIBG serta NYDP JKKR hadir memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran murid Tahun 6