14 November 2008

Selamat Bercuti

Selamat bercuti diucapkan kepada semua guru dan murid SKJ22.
Jadikan cuti ini lebih bermanfaat.

Kepada semua murid:

Jangan lupa kepada pelajaran. Jangan main banjir. jaga keselamatan diri.

Kepada semua guru :
Selamat bercuti dan jangan lupa mesyuarat guru pada 31 disember 2008.

Kepada murid tahun 5 ( UPSR 2009):
Kelas intensif akan bermula pada 22 Disember 2008.
Datang, jangan tak datang.

13 November 2008

Hari Pendidikan 2008


Pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2008-Siti Norhamimah bt M.Yunus

Pelajar yang mendapat Anugerah khas
Dari kiri
Nurfatinah bt Mohd Pauzi-Anugerah Ko-kurikulum
Siti Norhamimah bt Mohamed Yunus-Kurikulum
Nurmusfirah bt M.Rizal-Kepimpinan
M.Asyraf Aziz-Tokoh Pelajar

12 November 2008

Jasamu dalam ingatan


Mantan Guru Besar menerima cenderahati kenang-kenangan KKGK dari Guru Besar Baru

Raptai Hari Anugerah cemerlang





Raptai hari anugerah cemerlang diadakan pada pukul 11.30 pg dan tamat pada 12.45 th.
Ianya berjalan dengan lancar tanpa ada masalah yang besar.


Pada malam ini jamuan akhir tahun akan diadakan di sekolah. Ia juga merupakan jamuan perpisahan bekas guru besar encik Idris Bin Said dan Puan Rosilawati yang akan bertukar ke Kelantan serta meraikan tuan guru besar Puan Khamsiah dan guru Bahasa Inggeris yang baru bertukar ke sekolah ini.

11 November 2008

Jamuan

Jamuan perpisahan, Keraian dan Akhir Tahun diadakan pada:

Tarikh:12hb Nov 2008
Tempat : Kantin Sekolah
Masa : 8.30 malam

Semua guru,kakitangan dan jemputan dijemput hadir.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis kita bersama

10 November 2008

MESYUARAT AKHIR TAHUN

Mesyuarat akhir tahun pada pukul 1.30 th. Pelbagai perkara dibincangkan termasuk Hari Anugerah Kecemerlangan yang akan diadakan pada hari Khamis ini.

Guru-guru juga bertungkus lumus untuk menyiapkan data bagi hari tersebut.

Sekolah akan menerima Guru Bahasa Inggeris baru yang berrtukar dari SK LKTP Chini 2 & 3.
Selamat Datang.

Hari ini juga adalah hari terpenting kepada saya kerana assignment Sistem Maklumat Perakaunan telah saya submit kepada pensyarah Mohd Azmi di UiTM pahang. Sungguh memeningkan kepala nak lukis Contexs Diagram Data Flow Diagram, Level-O DFD dan Document Flow Chart. Macam nak gila rasanya. Alhamdulillah siap juga akhirnya.
Yang tinggal kini adalah Projek Kepujian II.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H