17 November 2011

Keputusan UPSR 2011

Murid Cemerlang UPSR 2011
Dhevaharan, Siti Nur Solehah, Nur Fatin Syafiqah dan Nurul Syazwana
GPS - 2.00
Peratus lulus - 95%

% Matapelajaran
Pemahaman - 100%
Penulisan - 100%
Bahasa Inggeris - 100%
Sains - 100%
Matematik - 95%

5A - Siti Nur Solehah binti Mohd Samshul
4A 1B - Dhevaharan Nair a/l Vajayan
3A 2B - Nur Fatin Syafiqah binti Yaakob
3A 1B 1C - Nurul Syazwana binti Tumin

Secara keseluruhannya terdapat peningkatan berbanding UPSR 2010

Tahniah kepada yang berjaya, yang kurang berjaya usaha lagi ini bukan penamat, terima kasih kepada semua guru dan ahli PIBG yang menyumbang bakti untuk kejayaan kali ini

Aktiviti Hari Ini

Hari yang sibuk adalah hari ini, pagi-raptai Hari Anugerah Pendidikan, pengumuman keputusan UPSR dan penyerahan duit bantuan persekolahan RM100, petang-gotong-royong memasak untuk jamuan hari esok

9 November 2011

Jamuan Tahun 6

Jumaat - 04.11.2011 Pelajar Tahun 6 2011 telah mengadakan jamuan akhir tahun mereka, sekalung tahniah dan terima kasih kerana sudi menjemput semua guru dan kakitangan, terima kasih daun keladi

31 Oktober 2011

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2011

Bermula petang Jumaat ( 28.10.2011 ) sehingga petang Ahad ( 30.10.2011 ) Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah diadakan di perkarangan padang sekolah, semua unit beruniform Pengakap, TKRS, Tunas Puteri dan Puteri Islam telah mengambil bahagian, seramai 52 peserta telah terlibat ianya terdiri dari murid Tahun 4,5 dan 6. Guru-guru dan kakitangan juga bertungkus-lumus menyediakan makanan kepada peserta perkhemahan. Sekalung tahniah kepada semua peserta dan kakitangan serta ahli PIBG yang menyumbangkan masa, tenaga serta wang ringgit dalam menjayakan program ini

26 Oktober 2011

Lawatan sambil belajar ke Kelantan

Pada 22.10.2011 bertolak dari stesen kereta api Kuala Krau seramai 42 ahli rombongan murid berserta guru menuju ke Stesen kereta api Wakaf Bharu Kelantan,
Pengalaman baru kepada murid dan guru, kami bermalam di Homestay di Wakaf Che Yeh, sempatlah jalan2 pasar malam, keesokan paginya, pagi-pagi lagi kami dah bertolak balik ke Pahang semula


18 Oktober 2011

P4 bermula

Hari ini bermula P4, Tahun 2 hingga Tahun 6 tekun menjawab soalan, semoga semuanya berjaya dengan cemerlang

23 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya 2011

Majlis Sambutan Hari Raya 2011 berserta majlis meraikan kehadiran GPK Ko serta pertukaran En Dzahaimi

12 September 2011

UPSR - Emel dari PPD

Guru Besar

SK/SJKC Daerah Maran


Tuan,


UPSR 2011


Merujuk kepada perkara di atas


2. Sehubungan dengan ini, dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya dan warga Unit Pengurusan Akademik PPD Maran mengucapkan "Selamat Menempuh Peperiksaan UPSR 2011" kepada anak-anak di Tahun 6.


3. Bersamalah kita berdoa agar anak-anak kita ini mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR kali ini. Seperti yang diketahui, pihak sekolah terutamanya guru-guru telah melaksanakan berbagai program / aktiviti kecemerlangan UPSR untuk anak-anak didik mereka.Sehubungan ini, pihak PPD Maran merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala usaha-usaha ini.


Sekian.



HAJI ZAMRI BIN HAJI ZAKARIA

Ketua Unit Pengurusan Akademik

PPD Maran


9 September 2011

Majlis Titisan Ilmu

Majlis Titisan Ilmu telah diadakan di surau baru, majlis dimulai dengan sembahyang hajat, bacaan yassin dan ucapan wakil guru, wakil ibu bapa dan guru besar, semuanya mengharapkan calon-calon UPSR 2011 memperolehi kejayaan yang cemerlang

8 September 2011

Motivasi UPSR 2011

Ceramah Motivasi kepada calon-calon UPSR 2011 dan murid Tahun 5C telah diadakan hari ini. Bekas Murid SKJ22 iaitu Pembantu Pegawai Daerah Temerloh - Cik Hajaratu Fazihin binti Abdul Latif telah berbesar hati untuk menyampaikan cermah. Hari ini juga SKJ22 telah didatangi Pegawai dari PPD untuk tujuan yang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi perhatian kepada sekolah kami, kepada calon-calon UPSR semoga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

5 September 2011

GPK Ko Baru

Hari ini SKJ22 telah mendapat GPK Ko yang baru menggantikan En Dzahimi yang bertukar ke SK J8, semoga kehadiran GPK baru ini akan menjadikan SKJ22 lebih cemerlang lagi, kepada En Dzahimi selamat bertugas di tempat baru, terima kasih atas khidmat bakti anda selam di SKJ22

26 Ogos 2011

Sambutan Menjelang Aidilfitri

Bertempat di surau baru semua murid SKJ22 bersemangat menantikan Cikgu Norazman mempengerusikan majlis. Majlis dimulakan dengan ucapan Puan Guru Besar, penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus sumbangan kontraktor pembersihan dan penyampaian duit raya kepada semua murid diakhiri dengan majlis bersalaman dengan guru-guru.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Blog SKJ22. Maaf Zahir Batin

25 Ogos 2011

Majlis Khatam Al-Quran 2011

Majlis khatam Al-Quran telah diadakan pada hari ini, Tuan Pengurus telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada semua peserta, terima kasih kepada semua yang terlibat

23 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa KKGK 2011

Hari ini KKGK telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, acara dimulakan dengan tahlil dan sembahyang Maghrib berjemaah dan jamuan makan.

15 Ogos 2011

P3 Bermula

Hari ini bermula Peperiksaan P3 untuk Tahun 1 - Tahun 5 dan Tahun 6 Pra UPSR, semoga murid-murid dapat menjawab dengan tenang, jadualnya

ISNIN ( 15.08.2011)

MATAPELAJARAN

MASA

TEMPOH

PENDIDIKAN ISLAM

0755 – 0855

1 JAM

SIVIK & KENEGARAAN

0900 – 1000

1 JAM

REHAT

1015 – 1045

30 MINIT

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

1050 – 1150

1JAM

BAHASA ARAB

1200 – 1300

1 JAM

SELASA ( 16.08.2011 )

MATAPELAJARAN

MASA

TEMPOH

PEMAHAMAN

0750 – 0840

50 MINIT

PENULISAN

0850 – 1005

1 JAM 15MINIT

REHAT

1015 – 1045

30 MINIT

MATEMATIK KERTAS 2

1050 – 1130

40 MINIT

MATEMATIK KERTAS 1

1145 – 1245

1 JAM

KHAMIS ( 18.08.2011 )

MATAPELAJARAN

MASA

TEMPOH

KAJIAN TEMPATAN

0750 – 0850

1 JAM

SAINS

0900 – 1010

1 JAM 15 MINIT

REHAT

1015 – 1045

30 MINIT

PENDIDIKAN SENI VISUAL

1100 – 1200

1 JAM

KEMAHIRAN HIDUP

1210 – 1310

1 JAM

JUMAAT ( 19.08.2011 )

MATAPELAJARAN

MASA

TEMPOH

BAHASA INGGERIS 2

0750 – 0905

1 JAM 15 MINIT

BAHASA INGGERIS 1

0915 - 1005

50 MINIT

REHAT

1015 – 1045

30 MINIT

ULANGKAJI

1100 – 1215

1JAM 15 MINIT


27 Julai 2011

Taklimat SAPS

Hari ini bertempat dimakmal komputer telah diadakan taklimat SAPS online yang disampaikan oleh SUP Sekolah, moga cikgu-cikgu sekelian tabah dan cekal dalam mengisi markah SAPS, ada masalah hubungi SUP

6 Julai 2011

Larian 1Murid 1Sukan

Pada hari Sabtu 02.07.2011 telah diadakan pelancaran 1Murid 1Sukan 1Malaysia seluruh negara, kakitangan SKJ22 bersama pimpinan masyarakat bersama menjayakan program tersebut.

28 Jun 2011

Aktiviti Guru Pra Sekolah

Hari ini guru-guru Pra Sekolah Kelompok Jengka hadir ke SK Jengka kerana adanya aktiviti mereka.

26 Jun 2011

Perjumpaan Penjaga Murid Tahun 6




Pada hari Jumaat-24.06.2011 telah diadakan satu majlis perjumpaan bersama penjaga murid Tahun 6 untuk membincangkan hala tuju dan prestasi anak-anak masing. Alhamdulillah hampir keseluruhan penjaga menghadirkan diri. Sambutan dari pihak pengurusan Felda juga amat menggalakkan dengan kehadiran SDA sendiri, semoga apa yang kita rancangkan bersama akan membuahkan hasil yang cemerlang

23 Mei 2011

Peperiksaan Setengah Tahun

Esok bermula P2 diharapkan semua murid dapat menjawab dengan tenang dan berjaya dalam peperiksaan ini

SELASA ( 24.05.2011 )

MATAPELAJARAN

MASA

TEMPOH

PENDIDIKAN ISLAM

0755 – 0855

1 JAM

SIVIK & KENEGARAAN

0900 – 1000

1 JAM

REHAT

1015 – 1045

30 MINIT

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

1050 – 1150

1JAM

BAHASA ARAB

1200 – 1300

1 JAM

RABU ( 25.05.2011 )

MATAPELAJARAN

MASA

TEMPOH

PEMAHAMAN

0750 – 0840

50 MINIT

PENULISAN

0850 – 1005

1 JAM 15MINIT

REHAT

1015 – 1045

30 MINIT

MATEMATIK KERTAS 2

1050 – 1130

40 MINIT

MATEMATIK KERTAS 1

1145 – 1245

1 JAM

KHAMIS ( 26.05.2011 )

MATAPELAJARAN

MASA

TEMPOH

SAINS

0750 – 0905

1 JAM 15 MINIT

BAHASA INGGERIS 1

0910 – 1000

50 MINIT

REHAT

1015 – 1045

30 MINIT

BAHASA INGGERIS 2

1100 – 1215

1JAM 15 MINIT

KEMAHIRAN HIDUP

1215 – 1315

1 JAM

JUMAAT ( 27.05.2011 )

MATAPELAJARAN

MASA

TEMPOH

KAJIAN TEMPATAN

0800 – 0900

1 JAM

PENDIDIKAN SENI VISUAL

0910 – 1010

1 JAM

REHAT

1015 – 1045

30 MINIT

ULANGKAJI

1100 – 1215

1JAM 15 MINIT

PROGRAM DASAR WARGA EMAS 2017

        S K (LKTP) Jengka 22 telah menjalankan beberapa program melibatkan sebilangan  guru dan murid   sebagai sebahagian daripa...