
Pelancaran Program "Satu Keluarga Satu Buku"

Ibubapa mendaftarkan diri

MesyuaratAgung PIBG kali ke-27 telah selamat diadakan dengan jayanya pada jam 3.00 petang hari ini. Kehadiran ibubapa/penjaga juga amat menggalakkan. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan Pengurus Felda Jengka 22-Encik A.Rahman bin A. Hamid. Pada majlis ini juga Program "Satu Keluarga Satu Buku" telah dilancarkan, antara tujuan utama program ini untuk menggalakkan murid-murid SK J22 membaca buku yang berunsur pendidikan. Antara usul yang telah dipersetujui bersama:
1. Mengadakan kelas tambahan pada setiap hari Sabtu
2. Menggalakkan murid lelaki memakai baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok
Cabutan bertuah juga diadakan, terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati menyumbangkan hamper.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulis dengan seikhlas hati---skj22